Sunday, 20 December 2015

PROLOG

Prolog

Sebenarnya aku pernah teruja untuk masuk dan belajar di UKM. Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara universiti yg tertua di Malaysia. Ayah merupakan orang yang paling teruja sebaik sahaja tahu aku dipanggil temuduga. Ayah lebih teruja dgn UKM berbanding UM. Aku pun taktahu kenapa ayah lebihkan UKM sampai dia tak bawak pun aku pergi temuduga di UM. Tapi aku pun memang tak berharap sgt dekat Universiti Malaya tu. Mungkin aku tahu kemampuan aku di tahap apa. Oh, mungkin ayah lebih tahu. Patutlah….

Sampai sahaja hari temuduga, ayah merupakan orang paling peramah (mmg pun) sembang dengan semua orang sampaikan pensyarah yg lalu pun dia tahan.

Aku? Biasa je. Sebelum temuduga hati aku lebih berat ke UITM berbanding UKM. Tapi, macam biasa, lepas temuduga perasaan tu baru datang. Jadi, aku tawakal dan banyak berdoa je aku ditawarkan ke sini sbbnya aku tak 100% bersedia utk temuduga. Dan Alhamdulillah, aku berjaya.

Aku gembira. Sebab ayah. Jadi, apa niat aku masuk sini sebenarnya? Mahu bahagia dan gembirakan ayah dan mak atau…….


Aku je ada jawapan tu.

No comments:

Post a Comment