Epilog.
Sudah 109 hari aku menjadi seorang pelajar di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Sungguh cepat masa berlalu. Tinggal kurang seminggu sahaja
lagi aku dan rakan seperjuanganku yang lain akan menduduki peperiksaan akhir
bagi sem 1.
Adakah kami sudah bersedia? Atau baru nak pulun semasa
minggu ulangkaji? Bersediakah kami dengan ilmu di dada utk jawab peperiksaan
dengan cemerlang dan ‘pass with flying colours’? Adakah cukup ilmu yang kami kumpul
dari minggu pertama kuliah utk jawab peperiksaan nanti? Ilmu ilmu yg dituntut
tersebut dimanfaatkan utk kehidupan atau hanya untuk menjawab peperiksaan?
Ikhlaskah hati kami belajar selama ini? Redhakah pensyarah pensyarah yang
mengajar kami dan berkongsi ilmu dengan kami? Banyaknya persoalan tetapi adakah
semuanya mempunyai jawapan yang tepat?
Renung renungkan..
No comments:
Post a Comment