Sunday, 20 December 2015

EPILOG

Epilog.

Sudah 109 hari aku menjadi seorang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sungguh cepat masa berlalu. Tinggal kurang seminggu sahaja lagi aku dan rakan seperjuanganku yang lain akan menduduki peperiksaan akhir bagi sem 1.

Adakah kami sudah bersedia? Atau baru nak pulun semasa minggu ulangkaji? Bersediakah kami dengan ilmu di dada utk jawab peperiksaan dengan cemerlang dan ‘pass with flying colours’? Adakah cukup ilmu yang kami kumpul dari minggu pertama kuliah utk jawab peperiksaan nanti? Ilmu ilmu yg dituntut tersebut dimanfaatkan utk kehidupan atau hanya untuk menjawab peperiksaan? Ikhlaskah hati kami belajar selama ini? Redhakah pensyarah pensyarah yang mengajar kami dan berkongsi ilmu dengan kami? Banyaknya persoalan tetapi adakah semuanya mempunyai jawapan yang tepat?


Renung renungkan..

TAMAT

study week huhuhu
 tak sabarnya nak balik cuti semmmmmm
tapi dah balik nti msti nk balik ukm sbb taktahu nk buat apa kat rumah
oh aku tau, ikut mak ngn ayah pi kebun la ohoii apa lagi hehehehe
dango dah siap kateko huhuhu
semoga cuti semester nti aku terisi dengan aktiviti aktiviti yg berfaedah.
Berempat je kt rumah nti huhuhu Aryssa dh pindah Damansara huaaaaa
Nanti aku nak buli sapaaaaaaaa takkan nak buli ayah ahahhahahahhahaha buli kt kebun ekekeke

Amboiiii seronoknya berangan pasal cuti semester.
Study week pun baru nak starttt ada hati mimpi jauh.
Takpe, bak kata orang putih, Shoot for the moon....even if you miss, you'll land among the stars!


Oh, goodluck utk Final Exam, rakan rakan!!!