Monday, 26 October 2015

SUKEM

Hi gaiss *waving

Nak kabo ni, sabtu haritu KTHO dpt emas bagi game netball. HEHEHEHEHEHH. Ye aku tahu aku tak main, tapi sumpah bangga weh. Aku turun training sekali dgn dorang kot, gila tak bangga?
First game KTHO vs KRK. Siot aku turun lambat so terlepas first game but still, KTHO menang 15-0. Hiks. Second game KTHO menentang KBH (tak ingat ah). Menang lagi weeeeee 12-6 camtu la aku tak ingat sangat yg aku ingat ktho menang. Kahkahkah

So kira layak ah masuk quarter hihi. Sementara nak tunggu next game tu fuhh confused betul samada nak naik bilik or tunggu bagi sokongan. Ceh. Hahahaah. Aku dah pishang taktahu nak buat apa so aku ajak Wawa tengok game handball (L) KRK lawan ala lupa lagi. Sorry. Hahaha. Sokong kajai beb cewah padahal…

Jakun sebenarnya tgk bola baling sbb aku bukan reti pun main handball. Tapi layan je la hihu. QUACK QUACK. *tetiba

Dalam 12 t/hari lebih gitu suku akhir netball pun start, KTHO menang lagi menentang KIY/KIZ zzz tak ingat. Maka kami pun layak ke semi final DAN menang lagi wiwiwiiii. Cuaca pun cun je sbb jerebu ahhaha so tkda matahari sgt makanya tidak lah kitorang terbakor tengah tengah padang tu. Tu yang semangat sokong team terchinta hehe.

FINAL KTHO vs KPZ wuuu sumpah sengit best gila kitorg yg tak main dan akak akak reserved tu penat jerit je hahaahah padu gila smua orang punya lontaran suara, HAHAHHA. Rindunya cheers zaman sekolah wuwuwu.  

Keputusan heheh KTHO 12 KPZ 7 gitu kot. 

YA ALLAH MENANG JUGAK ALHAMDULILLAH. YELAH SEMUA ORG PRESSURE KOT MASA TRAINING. DOK CKP NAK EMASSSSSS JE SMPAI AKU PUN STRESS PASTU PONTENG TRAINING HAHAHAAHAHHHA.
BUT STILL WE MANAGED TO SAPU EMAS WUHUUU!!!! CONGRATULATIONS GIRLS XOXO. K dah habis excited, hehe.

Ahadnya pulak menyesal tak turun tgk handball (P) adoiii emas pulak tu. Cayalah KTHO. Final KTHO vs KAB. Sengit beno katanya. Serius aku mcm “asal tak turun Adillia ish membuta je ko ni d” ha gitu. Marah diri sendiri la konon. Kahkah. Tapi malam tu turun tgk bola Final beb KTHO vs KUO. Ni mcm hampa sikit. Taknak cerita. hahahaha but good game abang abang bola sekalian. *applause*

CAN’T WAIT FOR PERBARISAN SUKEM THIS WEDNESDAY!!! Turun ramai ramai tengok insyi kawad, gais!!! AHHAHAHHA.

Bye.

SESAL

Sesal? Menyesal? Lebih kurang kot. Buat sesuatu tu pastikan korang fikir dulu baik buruk dan implikasinya. Jangan sampai mendatangkan penyesalan dalam diri. Sesal kemudian tiada berguna.

Tapi sebagai manusia yg tidak sempurna, kita selalu je buat kesalahan. Bagi tahu aku siapa je yang suci dari buat dosa? Kau? Dia? Aku? Semua pernah buat silap, buat dosa. Sedar atau tidak, semua orang ada buat salah.

Jadi, ada korang muhasabah diri? Ada, tapi sekejap? Ada lah jugak tu. Selalulah muhasabah diri. Korang keseorangan dlm bilik tu ha amik peluang tu reflex diri sendiri. Tengah tengah lautan manusia pun boleh je, the second u start judging flaws orang tu, hah cermin dulu diri, korang bagus sangat ke nak merendah rendahkan orang? Yang korang rasa korang perfect tu pun bukan korang yg cipta diri sendiri, pinjaman je.


Sedar diri, okay?

Sunday, 18 October 2015

FAMILY

HOMESICK ahahhahahahaha tak habis habis. lemau dah aku duduk UKM ni adeh cepatlah cuti midsem ugh. so aku nak throwback family day di Pulau Langkawi tahun 2012. huhuhuhu. pergi 3 hari 2 malam je rasanya. lupa dah. jarang beno kitorg berfamily day hihuhihu. aku nak tunjuk gambo je malas membebal kang emosi sbb tkleh balik rumah hahahaaha.
gambar ni akan jadi lagi cantik kalau bukan aku yg tangkap. haha
salah satu pemandangan dekat taman laut negara apa tah. snorkeling sini hahaha seharian kt sini. bestnya snorkeling. baby shark lalu sebelah ko je beb. seronok snorkeling ahahah pakai jaket keselamatan tu so senang ah aku teroka lautan tu (over). kalau takda jaket mmg idak le aku nak bersnorkeling sbb aku tak reti berenang hehe.


ni lah adik aku. aherher
 my one n only sister. aku selalu buli dia huhu masa ni Aryssa dlm perut lagi. aaaaaaaa rindunya aryssaaaaaaaaaaa nak buli aish nak balik kuala zzzz.

kalau phone jatuh dlm laut, guna hashtag redha je masa tu.
aku mana reti tangkap gambar. huhu. nasib baik tak terlepas phone dlm air laut hehe kalau tak ikan je lah yg guna phone tu zzzzz. rindunya Yong Sopiah (tuan punya phone, bershawl hitam depan tu) cepat la balik Malaysia.ceh padahal baru dduk UK sebulan hahaah


muka lepas seronok buat kawan dgn baby shark.
snorkeling is my thing weh. malangnya aku tak selalu pun gi snorkeling. jom gi Langkawi gaissss. class trip. hiks

bila nak pegi lagi ni mak ayah ku hehehe
wuuuuuuuuuu rindunya kat kome. aaaaa nak nangis zzzzzzzzzzzzzzzz. ayah ndgn aku mmg geng la bab main air ni bab nature nature gitu. mungkin aku ikut dia la kot hehe. mak em tkleh buat geng sbb dia ngintai dari atas air je HAHHAAHAHAH adui rindunya haih


peace je aku mampu bagi
baby shark takda dlm gambar sebab dia toooo fabulous utk bergambar dgn ku, katanya. lols.crystal clear lah jugak airnya, bkn macam kt Batu Feringghi hehe. nak gi Pulau Perhentian dan Pulau Redang!!!!

tak cukup syarat la kalau pegi Pulau langkawi tak borong coklat hehe
yong balik la hehehehehe sebulan kt UK tu tak cukup ke hak alah. Kitkat favorite sayaaaa. rindu hang weh
adee kurus bersama kakak kakaknya. tggu turn naik Cable Car
ayah udah bersila je kat belakang tu AHHAHAH kesian pulak kekeke. ala takpe bukan selalu heheeheh (usah le kutuk muka seposen aku tu)


kasi chance lah. kbye
tu jelahhhhhhh. saje nak throwback. rindu semua orang. till next time, adios. *waving

OBSES

obses okay gais bukan obes. hiiiiiiiiiiiii how u gais doing heheh sihat tak? aku baru baik dr batuk teruk cey tkda la teruk tp lama la jugak batuknya. hadoiii dh le tak sihat pastu ditambah pula homesick em k.

obses ni apa? apa yang korang faham? aku google dah maksud obses n i came across over something yg macam menarik perhatian aku. kahkahkah. how to not obsess over a guy. wuuuuuu. yelah, 7 billion people in the world kot mustahil lah takda sekoq pun yg obses over someone, kan. how about u gais? jengjengjeng. sendiri tahu sudah, aku tkmoh tau hampa punya kisah :P

jangan lah obses sgt bcs feelings are temporary. tp berbalik kpd "you only live once, live your life to the fullest" , ha ikut suka hampa la, hampa buat la apa yg hampa rasa suka, betul, menggembirakan hati hampa yg bermasalah tu. jgn sampai menyesal di kemudian hari, sudah lah.

so sesiapa yg terasa nak tahu pasal tajuk atas tadi tu ahahhahaha nak link, tp utk girls jela. kuikui.

till then, *waving*

BEBAN

Image result for beban


wahhhhhh gitu. #deep. hahahaha. sapa macam ni sila angkat tangan. jangan gitu dong. semua orang ada beban dia masing masing beb. yg bezanya cara korang handle beban tu je. sama ada korang memilih untuk mengatasi atau melayan. kot?

Image result for beban

mengatasi tu macam mana? maybe by handling it well i mean korang uruskan beban korang tu. alah apelah sangat bebab korang tu. bukannya berat pun kan. bukannya kena angkat gajah 3tan dari KKM ke KPZ pun kan. korang boleh tunggang gajah tu kot. senang. see? dh tak jadi beban pun kan? jadi fikirkan lah cara terbaik utk atasi setiap masalah/beban korang in a creative way ha gitu. faham? (wow bagaimana adee boleh mengeluarkan kata kata seperti itu ahmahzing)

melayan? hmmmmmmmmm. ala berlawanan jela dgn atas tadi. which means korang tidak berusaha pun utk meringankan beban korang sendiri. korang menambahkan beban lagi ada la. contohnya menangguh kerja / berlengah lengah (wow ini sesuai utk adee huhu k) procrastinate level dewa 19 zzz. procrastination is unhealthy i tell u. marilah kita bersama sama mengikis sifat berlengah lengah ni as we dont really need them in our life pun. tp aku percaya most of us ada je sifat ni dlm diri ni. contoh paling dekat melengah lengahkan solat. kalau yg ni pun korang mampu atasi, kira berjaya dh la tu. cuba dlm rutin lain pulak. (adillia sedang bermuhasabah ughh)




p/s; ringankan beban org lain dengan meringankan beban diri sendiri pun dikira sebagai satu kejayaan jugak. GOODLUCK!!

Monday, 12 October 2015

KUALA KANGSAR

warghhhhhhh rindunya kualaaaaaaaaaaaa. nak balikkkkkkkkkk. homesickkah adillia? entah lah nak. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nak balik lah. korang rumah dekat senang ah cite. hari hari balik. melapau tau hari hari balik. yg setiap minggu balik pun over gak pui *ehem*

masa belajar ni la korang kena manfaatkan sepenuhnya masa korang di tempat belajar, cewah. kalau setiap minggu balik rumah baik hang belajar kat rumah je. hak alah. huish emo betul. tak bosan ke balik rumah setiap minggu? ke hampa anak mak sebab tu la balik setiap minggu hehehheheh. tapi tkpa lah, setiap org mempunyai alasan mereka yg tersendiri. balik lah bila bila hampa nak pun asalkan korang bahagia weeeeee.

seronok je kalau tak balik rumah sebenarnya. seronok je kalau duduk dendiam kat kolej sebenarnya. tp tengok jugaklah aktiviti apa yg korang buat bagi mengisi masa terluang korang tu. ye dok? kakak kakak abang aku kata 3/4 tahun ky U ni kejap je sebenarnya, maka, nikmati lah setiap saat dan detik detik indah suka duka tangis tawa dll while u are still here cewah.

jap aku ni dh lari tajuk ni. Kuala Kangsar Bandar DiRaja weeeeeee. nak tau benda menarik apa ada kt kuala? ada aku lah! luls. gurau k. (sir Azzwan mohon jgn bash saya dlm kelas nti) kalau korg nak tau apa ada meh laaaaaa datang ke Kuala kuuuu. hihihi.

yang melekat kat hati aku, yang buatkan aku rindu kuala, em takda la bnyk pun, LAKSA DAN CENDOL DAN ABC DAN THE STORE. hahahahahahahaha the store tu utk hiburan hati sendiri yg homesick je, jgn kutuk. hhahaaha. tp serius lah, kuala ada the store je kot. tkda mall mall besaq. kalau hampa nk gi mall hampa kena gi Ipoh or Taiping hehe.

sedapnya laksa. yg famous em laksa pokok limau, laksa pokok kekabu dan laksa lubok. bg aku pencinta laksa ni aku makan je semua asalkan laksa. makan pulak dgn cendol pulut ya tohannnnnnn beri aku kekuatan T-T

dah la, datang je lah kuala. nanti aku bawak ronda semua tempat. daaa *waving


10.10

Tak tak. Bukan birthday aku. Bukan birthday crush aku. Bukan birthday bakal bapak mertua hang. Toksah perasan. Kehkeh. Sooooooo jengjengjenggggggg apakah 10.10 iniiii??? *buat muka teruja sikit pls gais* kecuali insyi la dia mmg smua benda yg dia buat dia akan teruja :P
Aku pun tktau 10.10 ni ape. *facepalm* tapi itulah tema utk minggu ni

Rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..10.10 ni berlangsungnya Hari Sukan Negara. Wow. Jadiiiii aku sebagai seorang anak muda yg cergas tubuh badan sihat metal dan fizikal, aku join lah semua event yg ada huhuhuhu. Bagus tak aku? Ada potensi utk jadi fit mcm Pandalela Renong tak gaisss?

Ya, tepat sekali, takda potensi. Sbb aku join semua event tu thru twitter sahajaaa. Grrrrr -____- orang lain sibuk membakor lemak, aku menternak lemak. Yaaaaa di bilik k gais. Tepat sekali. Hahahahhahahah. Sbbnya tak plan dan tak berusaha pun utk join event #harisukannegara yg berdekatan. Kahkah. 

Pagi tu buat mail merge pastu bila dh sangkut, gi turun lunch cari semangat huhuhu. Semangat lah sangat *jeling* lepas makan tu aku dgn insyi dedua membuta smpai petang kahkah gila lahhh tak produktif langsung. Zzzzzzz. Malam tu keluaq makan huehuehue bkn dlm UKM la sbb aku dah bosan dgn nasi ayam penyet hahahaha asyik menu sama je sbb nk try makanan lain kang takut kuciwa.

So habis macam tu je hari aku pada 10.10 yg lalu. Wey tak produktifnya ya tohannnnn. I bet u gais mesti pegi join marathon lah kayuh basikal lah senamrobik la dan macam macam lagi lah, kan? Halahhhhh menipu je semua tu. Sebenonya hampa semua mesti gi dating je kan luls. Udah le tu, moh le amalkan gaya hidup yg sihat. Start 11.10 ni kita berlari pusing UKM setiap minggu k? kahkah. Dah la sekian karangan.


Nota kaki: menyesal gila tak join apa apa pada hari sukan Negara .___. Tsk tsk

MENTOR

MENTOR KE MENTOL? Mentor. Jangan konghaja sangat. Haha. Mentor tu apa? Siapa yang layak jadi mentor? Korang rasa korang layak tak utk jadi mentor seseorang? Mesti tak layak kan? Kahkah. Jawab ah sendiri. Or korang maybe boleh try muhasabah diri balik huhu tgk apa yg bagus yg ada dlm diri korang. Ha kan. Bagus tak cadangan aku ni? Tak eh? Eh kisah pulak aku *jeling

Aku nak cerita pasak mentor UKM pun hmmmmm idok kenal sgt. Jumpa pun baru sekali. Tu pun dh kena sindir awal awal. Aduhhhh first time jumpa dah tercalar emosi huhu sedih. Tp takpe la. Benda kecik. Akde hall ah. Aku sado pe. Setakat tercalar terguris sikit tu tkde bende ah. Kehkeh poyo.
Okay. Post kali ni aku nak jadikan sebagai appreciation post utk dua orang insan yg bernama Cik Noor Laila dan Encik Yusaini yg banyak menabur bakti dan membakar diri demi aku. Wow ayat sapa aku rembat tu. Zzz.

Dorang ni mentor aku masa kt Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) *sorry tak move on lagi dari matric’s life* hehe. Aku rasa bersyukur jugak la dpt jadi mentee dorang. Sbb dorg ni jenis yg push mentee mentee dia dlm smua benda (bg aku la, yg lain tu aku tak pasti) dgn sifat ketegasan kegarangan keibubapaan dorang tu, aku jadi orang kt kmpp tu kahkahkah. Klu tak msti aku hnyut di pantai Batu Feringghi tu. (weh gelak lah hak alahhhhh)

Tp serius lah, dorang banyak guide kitorang mentee dia yg bnyk ragam ni pehhhhh bnyak masalah betul group kitorang tp tuu la yg menambahkan lagi perisa kekeluargaan kitorang. Baik gaduh rapat gaduh baik balik pastu konflik pastu bkumpul settlekan masalah pastu baik balik wuuuuuu rindunyaaaaaaaaaa. Kalu takda dorang msti hancur kitorang jadinya.

Er lagiiii ha dorang berdua ni mmg betul betul berfungsi sebagai mentor dan pensyarah. Unlike certain lecturers yg hmmm mcm tk jadi mentor pun tkpe. (rasa berdosa sat). tapiiii, above all, benda tu semua depends on diri kita lah. Kalau hang ada mentor yg bagus tip top marvellous umphh baik punye (overnya aku ya tohan) macam mana pun tapi hang tu ketegaq, tak jalan gak. Ye dok? Setuju tak? Tak setuju? Lantak hang la ni blog aku bukan blog hang. Kuikui


Lastttt but not least, terima kasih sangat sangat jutaan ribuan ratusan puluhan terima kasih aku ucapkan kpd kedua dua mentorku yg aku sayang gila (tp msti dorg taktau sbb aku tk reti nk tunjuk yg aku sayang sobs) kerana telah banyak mengajar aku benda yang aku tak dapat dalam kelas T T missing u gais a lotttttt. Thanls again. May HE bless both of u n we owe u gais so much.


Nota kaki: mmg dorg tkkn jumpa dan baca la post ni hm sedih. Rindunya zaman matrik!!!!

Monday, 5 October 2015

BODOH SOMBONG

Hi gais *waving* u better wave back to me haha eventhough I cant see
So I’ve been staring at this keyboard for five minutes….n I still don’t have any idea what to write .____.

Zzzzzz okay as u can see.. eh u can’t see. Amenda aku nak merepek in English ni doh. My English is getting lil bit rusty zzz apasal laaaaa aku takyah masuk class Foundation in English tu *sigh

Nak harap aku baca novel English hmm mmg tak ahhhh tak pernah habis pun ye ah dh la kurang faham pastu malas nk cari maksud. Ended up novel tu terbiar di rak buku smpai bila bila.

Bodoh sombong.

aku takkan pernah lupa phrase tu. Bodoh, sombong. Dah la bodoh, sombong pulak tu.
Apa yang korang faham tentang ‘bodoh sombong’ tu? Ha cmtu ah bodoh sombong, malas fikir dulu. Mesti korang terus baca je kan sbb nak terus tau dari penulisan aku ni lols.

Okay la, camni, benda ni aku dpt kat matrik dulu huhu. (insyi ko takyah baca eh ko dah tau kan kekekeke)

Mentor aku merangkap lecturer Prinsip Perakaunan aku selalu guna “bodoh sombong” ni ahhahaha.
Selalunya budak budak yg tak siap tutor selalu kena. Malas nak cuba buat malas nak berusaha malas nak Tanya kawan malas nak gi jumpa pensyarah minak tolong dia. Ha so bila dorang masuk kelas, pastu Mentor aku ni tahu dorg tak siap kerja dia, kena ah.

Dah korang tahu korang tak reti (bodoh) nak buat tu, tanya lah orang. Seek for help. Ramai je yg willing nak bantu korang tapi dh korang pun tkda effort (sombong) nk mintak tolong, mmg idok le org nk tolong korang.
Ye dok? Hm

Dah la tak tahu nak buat pastu taknak minta bantuan orang pulak. Dah la bodoh, sombong pulak tu. Haaaaa sama kan?

Sooooo, faham tak? Sampai tak ape yg aku share ni? Ke idak paham? Bebal sangat ke apa? senang je kan? Faham kan? Kahkahkah kasar pulak. Sorry wee.

jadi moralnya marilah kita bersama sama menjadi manusia terkehadapan dgn meninggalkan sifat "bodoh sombong" ini di belakang. haaa gitu! hahaha


Dah la. Aku ketandusan idea. Till next time, yo!